Assalamualaikum, so ramai yang minta saya bagi guide utk projek tahun akhir Kolej Vokasional. Jadi, disini saya akan ulaskan serba sedikit mengenai projek tahun akhir kv. First of all, korang mesti rancang satu projek berkaitan modul yang ada dalam semester akhir korang. Contohnya mine was PLC. So mula la rangka dan fikirkan bagaimana utk membuat projek menggunakan PLC. So, my team and i design satu litar untuk keselamatan rumah and combined with PLC program. Before that, ask for your supervisor approval. Setiap pelajar mesti akan diagihkan kepada penyelia. So disinilah akan bermulanya kertas kerja korang ataupun THESIS. If korang buat dengan team, better delegate tugas memasing. Make sure jangan ada yg jadi bossy bossy pulak dekat dalam group korang. Nanti sorang je yang bersungguh-sungguh yang lain menumpang je. So, utk pengenalan bagi thesis ni. Saya lampirkan Isi kandungan. Dari sini korang boleh rancang sesuatu dah. macamana nak mulakan kertas kerja.
BAB 1
ni kira macam pengenalan la kepada projek yang akan korang hasilkan tu. So fikirkan masalah yang membawa korang untuk menghasilkan projek ini. Sebagai contohnya, kalau korang tak gunakan plc dalam sistem wiring rumah korang ni susah nak ubah litar atau trace kerosakan atau apa2 pun. Contoh je. Korang punya fikir sendiri ok. So, bila dah kenal pasti masalah2 nya. Maka hasilkan beberapa objektif projek korang. Sebagai contohnya, memudahkan pengguna utk membuat trouble shooting atau tambahan litar ke dan lain-lain. Tujuan tu pula, bagi sebab utama je korang nak buat projek ni. Kembangkan sikit ayat2 korang tu jadi macam 1 perenggan. Yang objektif xkisah la boleh buat point2. Lepas tu utk skop projek pula, nyatakan korang punya projek ni merangkumi apa, pemasangan aksesori elektrik ke, pendawaian 1 fasa ke, pendawaian tersembunyi ke atau lain-lain. Seeloknya sediakan satu carta gantt. faham! Contoh minggu 1 korang buat apa, mggu 2 and seterusnya. kalau xcukup letak dekat skop situ, boleh lampirkan dekat lampiran. dekat bab 1 tu korang just tulis point2 jela. make sure ada perkataan sila rujuk lampiran 1. And dekat carta gant tu korang jangan lupa plak nak label tu lampiran 1. Jangan lupa untuk tuliskan caption nya sekali dibawah gambar atau jadual. Lastly, fikirkan kelebihan projek korang ni if korang berjaya hasilkan. Lepas tu jangkaan ni merujuk kepada kepuasan kehendak pengguna .
BAB 2
ni pula, pasal kajian ilmiah. tak kisah la pasal apa2 tp make sure berkait sikit pasal korang punya projek. And make sure ianya adalah FAKTA! Jika dipetik daripada mana-mana sumber sila nyatakan dibawahnya. Sebagai contoh, carilah keratan akhbar, wikipedia, atau lain2 ke pasal pemasangan yang korang nak buat ni. Its up to you nak buat seberapa banyak. for me, i prefer 5 je. Kadang2 ada yang lain tau format dia dekat sini. Make sure rujuk pensyarah korang dlu. Jangan mandai-mandai cakap saya yang suruh buat macamni. I just bagi guide okay!
BAB 3 Eh kenapa tu tersangkut kat page atas tu. ni maknanya kelam kabut buat kerja nak cepat siap dah last minit kau bantai je mana dan. dalam bab ni korang mula lah mereka-bentuk projek korang. Seeloknya ada lukisan 3d, dan pelan bentangan la. lepas korang dah decide korang punya projek and dah listkan bahan-bahan yang nak guna, sila rujuk pensyarah atau kedai mengenai harga sesuatu item tersebut. then pengiraan kos mestilah dibuat dalam bentuk jadual. Make sure ada bilangan, perkara, kuantiti, harga seunit dan jumlah. Jangan main hentam ikot suka kau je tak nak letak harga.
BAB 4 Eh ni dah bercampur pulak dengan bab 5. Main sotttttt je. Okay dalam bab 4 korang kena nyatakan antara langkah dan proses dalam menghasilkan projek korang. Make sure ada gambar sesuatu proses tu dari langkah 1 smpai la akhir. daripada korang mula beli barang ke, mula nak ketok2 ke atau apa-apa je make sure ada visual. Itu membuktikan korang ni buat keje selain tu persembahan tu la nak bagi markah ok faham! Dan setiap gambar mesti ada label (captionnya) kalau xde label mana pegawai penilai tu nak tau tu gambar apa. Pandai! Lepas tu sediakan carta alir mengenai proses pembuatan korang tu. then lampirkan pula dekat lampiran korang. Ikut susunan ok. ini point markah juga tau! Masalah teori @ rekabentuk tu just bagi tau la masalah yang timbul time proses menyiapkan projek ni. sebagai contohnya, kabel pendek ke, prototaip xkukuh ke or else. Lepas tu, senaraikan kesemua alatan tangan dan peralatan yang korang guna dalam jadual berserta fungsinya sekali ok! Ini poin markah jugak tau. Make sure letak gambar sekali. rajin-rajin la google gambar tu xpun tgkp je alatan yg korang guna. bagi kemas sikit. jangan tunjuk kau tu malas. biar kau sorang je tau kau malas. orang lain xpyh tau! faham
BAB 5 proceed to this, keputusan dan perbincangan ni macam berjayakah projek kau tu? berfungsikah? selamatkah? jadi untuk membuktikan projek korang ni berjaya, beberapa pengujian perlulah dilakukan. takkan tengok je dah boleh tau okay. mesti ada testing2 dia. Penting okay yang ni. senaraikan pengujian yang korang buat dekat projek korang. berserta LANGKAH2 NYA dan gambar sekali. Senaraikan juga alatan pengujian yang korang guna. (eh mcm skip je) biarlah korang boleh nampak kan turutan kat gambar tu. and then peringkat keputusan pengujian tu, korang sediakan la jadual jugak. sebagai contohnya pengujian ni dapat bacaan berapa, bacaan yang sebaiknya berapa, jadi projek ni lulus x ok x dalam ujian-ujian yang korang buat tu. ataupun korang just letak sebelum projek berkendali, semasa projek berkendali, selepas projek berkendali. ikot la mana2 pun. lastly kalau ada apa2 aksesori yang rosak ke, pengujian fail ke! nyatakan cara-cara korang mengatasi masalah kerosakan tu faham!
BAB 6 lastly thank god! haih berjela-jela. Kesimpulan n cdgn ni takkan tak tau kan. simple. dekat cadangan tu korang mintak la testimoni dari pengguna-pengguna korang. then tulis balik apa yang dorang cadangkan samaada penambahbaikan atau kelebihan projek korang. Kesimpulan umum tu tulis la sendiri.
RUJUKAN
make sure korg listkan dari internet, sumber kajian korang, buku, pensyarah, orang testimoni, dan lain-lain ikot kreativiti. jangan korang list kan semua dari internet je. tu point korang 1 jela. make sure setiap satu di atas ni ada.
LAMPIRAN
lampiran ni siap2 label kat ats header dia tu kalau boleh belah kanan. senang orang nak tengok kang jenuh belek. pastu ada caption sekali. tak kisahla berapa lampiran pun. yang penting mesti ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan