Selasa, 26 April 2016

SISTEM PENGHANTARAN

PENGENALAN

            Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin keroda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponenasas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear, klac,unit kerbeda dan sendi universal.klac mempunyai 3 fungsi utama:-
  1. Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjinmasih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaanberhenti.
  2. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukarangear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
  3. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasakelajuan enjin rendah.

 

Antara fungsi gear adalah seperti berikut:


 

         Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaandan beban pada kenderaan

         Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit

         Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral

         Mewujudkan gear maju, undur dan bebas 


 

Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti sistempenghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran automatik(ATF) dansistem penghantaran boleh laras(CVT).


 


 

KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHANTARAN KUASA 

 KOTAK GEAR  

Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac.Fungsi gear:-


-       untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan.

-       mewujudkan gear maju, undur dan bebas

-       menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit


 


 

SYAF PUTAR

            Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear keunit kerbeda seterusnya ke roda selain menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melaluikotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda. Seterusnya, kotak gear pula terdiri daripadarangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pemasangan klac.


 


 

SYAF PANDU

Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan. 


 


 

KLAC

Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya: 

-       penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancer

-       membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancer

-       membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac


 


 

UNIT KERBEDA

Fungsi untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok. Apabila kenderaan membelok, kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan gear matahari sebelahdalam mempunyai lebih rintangan. Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yangkurang rintangan dan hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas daripada roda sebelah dalam


 

JENIS-JENIS SISTEM PENGHANTARAAN KUASA


 

Sistem Penghantaran Automasi Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga merupakanyang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa yang lain dan ianya jugadigunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah dapan memberi kecekapan semasamemandu, mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalahsistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-
  1. Transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa.
  2. Transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang hanyamembenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).

 

Sistem penghantaran Automatik (ATF) 

   Penghantaran automatic adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secaraautomatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual.

   Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa,mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa,pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

   Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format

P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kananataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.


 


 

Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)

   Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapabilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjarankelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga kenderaan Malaysia seperti proton Aspira juga menggunakan sistem penghantaran boleh laras.

   Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain


 


 

JENIS-JENIS KEROSAKAN DAN SEBAB


 

Klac
SimptomSebab kerosakan Tindakan
Klac tergelincir -Plac klac haus

-Plac klac berminyak

-Pegas plat tekanan lemah.
-Tukar minyak klac

-Servis atau tukar plat klac

-Tukar plat klac
Klac hingar -Hab plat klac longgar

-Pegas klac lemah atau  

 patah

-Galas pelepas haus

 ataumelekat
.-Tukar hab plat klac.

- Tukar pegas klac

- Tukar galas pelepas.

 


 

Kotak Gear
SimptomSebab kerosakan  Tindakan
Sukar menukar gear -Tiada gerak bebas injak klac

-Klac tidak

 bebassepenuhnya 

-Minyak kotak gear kurang
 -Laras gerak bebas injak 

-Laras gerak bebas  

-Tukar penyegerak
Kotak gear hingar -Minyak gear kurang

-Galas haus atau rosak 

-Kehausan atau 

 kerosakan pada gear

 cantuman malar
-Tambah minyak 

-Tukar galas 

-Tukar gear cantuman malar 

 


 

CARA-CARA MENSERVIS


 

1.Menanggal, menservis,memeriksa dan memasang klac  

  1. Tanggal dan keluarkan kotak gear dari enjin.
  2. Buka bolt disekeliling perumah klac.
  3. Tanggal pepasangan klac dari roda tenaga.
  4. Periksa kerosakan permukaan roda tenaga.
  5. Periksa galas pandu klac pada roda tenaga.
  6. Periksa kerosakan dan kehausan plat tekanan klac dan jejari pegas gegendang.
  7. Tukar jika rosak.
  8. Periksa kerosakan dan kehausan plat klac dan galas pelepasan. Tukar jika perlu.
  9. Pasang semula pepasangan klac dengan menggunakan aci pandu untuk menjajar lubang plat klac  dengan lubang roda tenaga.
  10. Gunakan perengkuh daya kilas dan ikat bolt perumah klac mengikut spesifikasi. Bolthendaklah diikat secara menyilang.
  11. Pasang semula kotak gear pada enjin.


2.Mengeluar dan memasang syaf pacu roda hadapan 


  1. Longgarkan bolt bahagian dalam sambungan halaju malar dari punting syaf kotakgear.
  2. Pisahkan sambungan berbola dari pengumpar stereng dengan penanggalsambungan berbola(pickle fork).
  3. Keluarkan aci pacu luar dari hab pengumpar.
  4. Pegang di kedua-dua sambungan halaju malar pada bahagian perumah semasa hendak mengeluarkan aci pacu.


3.Mengganti dan menservis sambungan sendi halaju malar  

  1. Tanggalkan kelip lengkung
  2. Ketuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan sambungan halaju malar.
  3. Tanggalkan kelip dan tukar dengan yang baharu sebelum memasang sambungansemula.
  4. Condongkan sangkar untuk mengeluarkan bebola.
  5. Periksa kehausan dan kerosakan bahangian sambungan luar sambungan halaju malar.
  6. Bubuh gris khas sebelum memasang but getah. Perlu ditukar sekiranya rosak.
  7. Bubuh gris khas di bahagian spider dan dalam perumah dan pasang semula mengikut tanda jajaran.


KESIMPULAN 


   Sistem penghantaran kuasa ada kebaikanya dan ada juga keburukanya. Keburukan ini dapat diatasi melalui jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan. Malah, dapat meningkatkan teknologinya mengikut peredaran masa. Sebagai contoh Sistem penghantaran kuasa yg pertama dihasilkan iaitu sisem penghantaran kuasa manual. Kemudian jurutera telah menghasilkan pula Sistem penghantaran kuasa automatik dan yang terbaru iaitu sistem penghantaran kuasa boleh laras. Walaupun sistem penghantaran kuasa ini telah ditingkatkan teknologinya, namun masih lagi mempunyai keburukanya dan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Oleh itu, Para jurutera-jurutera perlu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar masalah itu dapat diatasi.


 


 

TROUBLESHOOTING


 

MASALAH 1:


Pada waktu kenderaan sedang berjalan, pedal minyak dipijak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih cepat. Hal tersebut sangat terasa pada waktu mendaki bukit atau ketika kenderaan bermuatan berat. Biasanya keadaan tersebut disertakan dengan bau getah terbakar. Keadaan tersebut di atas biasanya merupakan gejala klac yang rosak.


Oleh itu lakukanlah pengujian seperti di bawah ini. Setelah brek tangan digunakan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac,masuk gear pada kedudukan gear satu atau dua. Sementara pedal cekam masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan memijak pedal minyak. Kemudian angkat pedal cekam perlahan-lahan. Apabila ternyata bahawa putaran enjin tidak berubah (berkurang) atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka gejala-gejala tersebut di atas menyatakan bahawa klac mengalami kerosakan. Selain itu adakah terjadi beberapa seperti perkara di bawah ini:

a.    Terasa enjin tidak mendapat menghasilkan daya penuh.

b.    Petrol cepat habis.

c.    Enjin cepat jadi panas.

d.    Tercium bau sesuatu benda yang terbakar dari kawasan di sekitar tempat cekam.


 

Sebab-sebab utama kerosakan klac adalah;

  1. jarak bebas pedal yang terlalu pendek.
  2. permukaan klac sudah haus atau terbakar.
  3. adanya minyak atau gris pada permukaan klac.
  4. pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah.
  5. plat tekanan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.

 


MASALAH 2:

   Meskipun pedal klac sudah dipijak penuh, tetapi gear tidak dapat dipindahkan. Sementara itu terdengar bunyi geresek gear di dalam kotak gear.
Gejala tersebut menyatakan bahawa klac tidak dapat dilepaskan dengan sempurna.


Sebab-sebab utama kerosakan:
a.   Jarak antara klac dan lantai terlalu pendek.
b.   Bagi klac yang menggunakan tekanan hidraulik, besar kemungkinan terjadinya

kerosakan pada sistem hidrauliknya misalnya kerana:
     -    Kekurangan atau kebocoran minyak klac(sama dengan minyak brek)
     -    Kerosakan pada omboh silinder utama dan/atau silinder pelepas klac.
     -    Terdapat udara atau wap di dalam sistem hidrauliknya.


c.   Kerosakan permukaan klac dan/atau plat klac.

d.   Kehausan pada silinder pelepas dan/atau pengalas pelepas klac.




 

MASALAH 3:


   Pada waktu pedal klac dilepaskan, terdengar bunyi yang luar biasa. Tetapi apabila dipijak, bunyi tersebut tidak terdengar lagi.



    Sebab-sebab kerosakan:
  1. Bahagian pusat plat klac longgar
  2. Kehausan pada plat klac atau gerigi gandar penggerak utama
  3. Plat klac retak
  4. Pegas pemutar plat klac patah atau rosak
  5. Kehausan gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran atau kesukaran untuk bergeraknya mekanisme pelepas klac. 
  6. Mekanisme pelepas klac terlekat pada gandar penggerak utama dan tidak dapat bergerak kembali.


 

MASALAH 4:


   Bunyi yang terdengar di sekitar kotak gear menjadi semakin kuat, hal tersebut terjadi
terutama pada waktu kenderaan bergerak pada gear rendah.



Sebab-sebab kerosakan:

  1. Kekurangan minyak pelincir atau menggunakan minyak pelincir yang kurang tepat.
  2. Kehausan atau kerosakan pada gigi gear dan pengalasnya.
  3. Hubungan gigi gear kurang tepat.


 

MASALAH 5:


   Pada waktu kenderaan sedang bergerak,terdengar bunyi menderu dari bahagian bawah tempat duduk belakang.



 

Sebab-sebab kerosakan:

  1. Kekurangan minyak pelincir.
  2. Penyesuaian yang kurang tepat di antara gear kebeda
  3. Kehausan atau kerosakan kerosakan pada penggalas-penggalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan