Selasa, 26 April 2016

Modul sistem pengurusan enjin

Controlled Area Network (CAN) Bus - Asas


CAN (Controller Area Network) bermaksud semua unit kawalan (ECU) dihubungkan dalam rangkaian (network) untuk membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Sistem ini direka untuk membolehkan maklumat dikongsi dengan lebih cekap dan mengurangkan penggunaan ruang dan perkakasan dalam kenderaan.

CAN (Controlled Area Network) data Bus boleh dibandingkan dengan sebuah bas yang boleh membawa penumpang yang ramai. CAN data Bus digunakan menghantar maklumat yang banyak.




Tanpa CAN Bus seutas wayar hanya boleh digunakan untuk menghantar satu maklumat sahaja, ini bermakna jika terdapat 100 maklumat perlu dihantar terdapat 100 wayar perlu disambung kepada unit kawalan enjin (ECU).




Dengan menggunakan CAN Bus perkongsian maklumat dilakukan dengan hanya menggunakan 2 wayar sahaja.





CAN Bus ialah cara penghantaran data daripada unit kawalan ke unit kawalan yang lain. Melalui kaedah ini semua ECU digabungkan di dalam satu rangkaian yang sama.



Kelebihan CAN Bus



Jika terdapat data baru yang perlu dikongsi, perubahan hanya perlu dibuat pada perisian (software) dalam unit kawalan sahaja. 
Jumlah sensor dan wayar dapat dikurangkan melalui perkongsian maklumat. 
Kadar kesilapan data dapat dikurangkan kerana kesahihan data sentiasa diperiksa. 
Pertukaran data dapat dilaksanakan dengan pantas. 
Membolehkan unit kawalan bersaiz yang lebih kecil digunakan.












JENIS SENSOR DAN FUNGSINYA

Pada mobil-mobil keluaran pabrikan sekarang sudah menggunakan mesin jenis EFI (Electrical Fuel Injection) dimana dengan sistem tersebut banyak sekali sensor-sensor sebagai tempat inputan data ke Otak Mesin (ECU – Electrical Control Unit). Berikut nama-nama sensor tersebut :

1.Throtle Position Sensor ( TPS ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui posisi pedal gas dalam keadaan tertekan atau bebas. Jika ditekan/digas maka valuenya besar dan jika tidak ditekan valuenya kecil.





2.Manipold Absolute Pressure ( MAP ), sensor yang digunakan untuk mengetahui kondisi kevacuuman intake manipold. Sensor ini akan mengeluarkan pulsa tegangan besar jika kevacuuman intake manipold berkurang ( pedal gas diinjak ) atau sebaliknya.











3.Air Flow Sensor ( AFS ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui banyak sedikitnya udara yang akan masuk ke dalam intake manipold. Biasanya sensor ini dipasang sesudah filter udara dan akan memberikan pulsa tegangan semakin besar jika udara yang melewatinya semakin banyak atau sebaliknya. Sensor ini ada yang meneybutnya AFM ( Air flow meter ) atau juga MAF ( Mass Air Flow ).






4.Intake Air Temperature Sensor ( IAT ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui suhu udara masuk ke intake manipold, semakin dingin suhu udara masuk maka akan semakin besar pulsa tegangan yang dikirimkan ke ECU, sehingga supllai bensin ke injector juga semakin besar.





5.Idle Air Control ( IAC ), adalah part yang mendeteksi/mengendalikan suplai udara ke intake manipold pada saat putaran idle ( langsam ). Sensor ini bisa beerupa solenoid, motor listrik atau bekerja sesuai dengan suhu air pendingin. Dibeberapa sistem kendaraan sering disebut Idle Speed Control ( ISC ) atau juga Idle Step Motor.






6.Injector, adalah perangkat electronic yang diperintah oleh ECU untuk membuka /menutup katup electronic sehingga bensin bisa menyemprot ke silinder.






7.Crankshaft Position Sensor ( CKP ), sensor yang mendeteksi adanya putaran mesin. Jika sensor ini dipasang dekat dengan poros nok/katup, disebut Camshaft Position Sensor ( CMP ). Kedua sensor tersebut disamping berfungsi untuk mengetahui adanya putaran mesin juga berfungsi untuk mengendalikan sistem pengapian mesin tersebut.







8.Coolant Temperature Sensor ( CTS ) atau Water Temperature Sensor (WTS) adalah sensor untuk mengetahui kondisi suhu air pendingin. Semakin dingin suhu air pendingin maka semakin banyak bensin yang disemprotkan ke silinder.






9.Top Dead Center Sensor ( TDC ) adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui titik mati atas silinder nomor satu. Hal ini biasanya digunakan untuk menentukan firing order ( FO ).







10.Vehicle Speed Sensor ( VSS), adalah sensor untuk mengetahui kecepatan kendaraan, biasanya dihubungkan dengan poros output transmisi.















SISTEM OPERASI AIR BAG
Airbag diperbuat daripada fabrik nilon dan setiap airbag direka mengikut kesesuaian jenis kenderaan dan kedudukan di dalam kenderaan. Airbag turut dilengkapi dengan lubang yang akan terbuka dengan sendirinya setelah beg udara tersebut mengembang sepenuhnya. Ini adalah untuk membolehkan gas yang terhasil dibebaskan dari airbag dan mengelakkan kejadian lemas serta mengelakkan pemandu atau penumpang melantun ke belakang akibat dari tindak balas graviti.




Airbag mempunyai berbagai-bagai bentuk dan saiz bergantung pada jenis kenderaan, kedudukan dan jenis kegunaan. Sebagai contoh airbag di bahagian penumpang mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan beg udara di bahagian pemandu.









Operasi airbag:
Semasa pelanggaran, airbag sensor akan mengukur kadar  hentaman yang terhasil, jika nilai yang diukur melebihi kadar yang ditetapkan, sumbu (initiator) yang terdapat di dalam alat pengembung (inflator) akan terbakar.
 Sumbu (Initiator) akan membakar penggalak (enhancer) dan bijian propelan, dan menghasilkan gas di dalam jumlah yang besar.
Gas akan mengembangkan bag untuk mengurangkan kesan hentaman kepada penghuni kenderaan, selepas selesai mengembang gas akan keluar dengan cepat melalui lubang pelepasan (discharge hole) yang terdapat di belakang bag. Ini akan mengurangkan kesan hentaman bag dan menghasilkan pemandangan yang secukupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan