Selasa, 7 Februari 2017

PANDUAN PENULISAN PROJEK TAHUN AKHIR KOLEJ VOKASIONAL

Assalamualaikum, so ramai yang  minta saya bagi guide utk projek tahun akhir Kolej Vokasional. Jadi, disini saya akan ulaskan serba sedikit mengenai projek tahun akhir kv. First of all, korang mesti rancang satu projek berkaitan modul yang ada dalam semester akhir korang. Contohnya mine was PLC. So mula la rangka dan fikirkan bagaimana utk membuat projek menggunakan PLC. So, my team and i design satu litar untuk keselamatan rumah and combined with PLC program. Before that, ask for your supervisor approval. Setiap pelajar mesti akan diagihkan kepada penyelia. So disinilah akan bermulanya kertas kerja korang ataupun THESIS. If korang buat dengan team, better delegate tugas memasing. Make sure jangan ada yg jadi bossy bossy pulak dekat dalam group korang. Nanti sorang je yang bersungguh-sungguh yang lain menumpang je. So, utk pengenalan bagi thesis ni. Saya lampirkan Isi kandungan. Dari sini korang boleh rancang sesuatu dah. macamana nak mulakan kertas kerja.


BAB 1
 ni kira macam pengenalan la kepada projek yang akan korang hasilkan tu. So fikirkan masalah yang membawa korang untuk menghasilkan projek ini. Sebagai contohnya, kalau korang tak  gunakan plc dalam sistem wiring rumah korang ni susah nak ubah litar atau trace kerosakan atau apa2 pun. Contoh je. Korang punya fikir sendiri ok. So, bila dah kenal pasti masalah2 nya. Maka hasilkan beberapa objektif projek korang. Sebagai contohnya, memudahkan pengguna utk membuat trouble shooting atau tambahan litar ke dan lain-lain. Tujuan tu pula, bagi sebab utama je korang nak buat projek ni. Kembangkan sikit ayat2 korang tu jadi macam 1 perenggan. Yang objektif xkisah la boleh buat point2. Lepas tu utk skop projek pula, nyatakan korang punya projek ni merangkumi apa, pemasangan aksesori elektrik ke, pendawaian 1 fasa ke, pendawaian tersembunyi ke atau lain-lain. Seeloknya sediakan satu carta gantt. faham! Contoh minggu 1 korang buat apa, mggu 2 and seterusnya. kalau xcukup letak dekat skop situ, boleh lampirkan dekat lampiran. dekat bab 1 tu korang just tulis point2 jela. make sure ada perkataan sila rujuk lampiran 1. And dekat carta gant tu korang jangan lupa plak nak label tu lampiran 1. Jangan lupa untuk tuliskan caption nya sekali dibawah gambar atau jadual. Lastly, fikirkan kelebihan projek korang ni if korang berjaya hasilkan. Lepas tu jangkaan ni merujuk kepada kepuasan kehendak pengguna .





BAB 2
 ni pula, pasal kajian ilmiah. tak kisah la pasal apa2 tp make sure berkait sikit pasal korang punya projek. And make sure ianya adalah FAKTA! Jika dipetik daripada mana-mana sumber sila nyatakan dibawahnya. Sebagai contoh, carilah keratan akhbar, wikipedia, atau lain2 ke pasal pemasangan yang korang nak buat ni. Its up to you nak buat seberapa banyak. for me, i prefer 5 je. Kadang2 ada yang lain tau format dia dekat sini. Make sure rujuk pensyarah korang dlu. Jangan mandai-mandai cakap saya yang suruh buat macamni. I just bagi guide okay!






BAB 3 Eh kenapa tu tersangkut kat page atas tu. ni maknanya kelam kabut buat kerja nak cepat siap dah last minit kau bantai je mana dan. dalam bab ni korang mula lah mereka-bentuk projek korang. Seeloknya ada lukisan 3d, dan pelan bentangan la. lepas korang dah decide korang punya projek and dah listkan bahan-bahan yang nak guna, sila rujuk pensyarah atau kedai mengenai harga sesuatu item tersebut. then pengiraan kos mestilah dibuat dalam bentuk jadual. Make sure ada bilangan, perkara, kuantiti, harga seunit dan jumlah. Jangan main hentam ikot suka kau je tak nak letak harga.







BAB 4 Eh ni dah bercampur pulak dengan bab 5. Main sotttttt je. Okay dalam bab 4 korang kena nyatakan antara langkah dan proses dalam menghasilkan projek korang. Make sure ada gambar sesuatu proses tu dari langkah 1 smpai la akhir. daripada korang mula beli barang ke, mula nak ketok2 ke atau apa-apa je make sure ada visual. Itu membuktikan korang ni buat keje selain tu persembahan tu la nak bagi markah ok faham!  Dan setiap gambar mesti ada label (captionnya) kalau xde label mana pegawai penilai tu nak tau tu gambar apa. Pandai! Lepas tu sediakan carta alir mengenai proses pembuatan korang tu. then lampirkan pula dekat lampiran korang. Ikut susunan ok. ini point markah juga tau! Masalah teori @ rekabentuk tu just bagi tau la masalah yang timbul time proses menyiapkan projek ni. sebagai contohnya, kabel pendek ke, prototaip xkukuh ke or else. Lepas tu, senaraikan kesemua alatan tangan dan peralatan yang korang guna dalam jadual berserta fungsinya sekali ok! Ini poin markah jugak tau. Make sure letak gambar sekali. rajin-rajin la google gambar tu xpun tgkp je alatan yg korang guna. bagi kemas sikit. jangan tunjuk kau tu malas. biar kau sorang je tau kau malas. orang lain xpyh tau! faham


BAB 5 proceed to this, keputusan dan perbincangan ni macam berjayakah projek kau tu? berfungsikah? selamatkah? jadi untuk membuktikan projek korang ni berjaya, beberapa pengujian perlulah dilakukan. takkan tengok je dah boleh tau okay. mesti ada testing2 dia. Penting okay yang ni. senaraikan pengujian yang korang buat dekat projek korang. berserta LANGKAH2 NYA dan gambar sekali. Senaraikan juga alatan pengujian yang korang guna. (eh mcm skip je) biarlah korang boleh nampak kan turutan kat gambar tu. and then peringkat keputusan pengujian tu, korang sediakan la jadual jugak. sebagai contohnya pengujian ni dapat bacaan berapa, bacaan yang sebaiknya berapa, jadi projek ni lulus x ok x dalam ujian-ujian yang korang buat tu. ataupun korang just letak sebelum projek berkendali, semasa projek berkendali, selepas projek berkendali. ikot la mana2 pun. lastly kalau ada apa2 aksesori yang rosak ke, pengujian fail ke! nyatakan cara-cara korang mengatasi masalah kerosakan tu faham!



BAB 6 lastly thank god! haih berjela-jela. Kesimpulan n cdgn ni takkan tak tau kan. simple. dekat cadangan tu korang mintak la testimoni dari pengguna-pengguna korang. then tulis balik apa yang dorang cadangkan samaada penambahbaikan atau kelebihan projek korang. Kesimpulan umum tu tulis la sendiri.





RUJUKAN

make sure korg listkan dari internet, sumber kajian korang, buku, pensyarah, orang testimoni, dan lain-lain ikot kreativiti. jangan korang list kan semua dari internet je. tu point korang 1 jela. make sure setiap satu di atas ni ada.

LAMPIRAN

lampiran ni siap2 label kat ats header dia tu kalau boleh belah kanan. senang orang nak tengok kang jenuh belek. pastu ada caption sekali. tak kisahla berapa lampiran pun. yang penting mesti ada

Selasa, 26 April 2016

SISTEM PENGHANTARAN

PENGENALAN

            Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin keroda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponenasas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear, klac,unit kerbeda dan sendi universal.klac mempunyai 3 fungsi utama:-
  1. Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjinmasih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaanberhenti.
  2. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukarangear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
  3. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasakelajuan enjin rendah.

 

Antara fungsi gear adalah seperti berikut:


 

         Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaandan beban pada kenderaan

         Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit

         Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral

         Mewujudkan gear maju, undur dan bebas 


 

Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti sistempenghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran automatik(ATF) dansistem penghantaran boleh laras(CVT).


 


 

KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHANTARAN KUASA 

 KOTAK GEAR  

Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac.Fungsi gear:-


-       untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan.

-       mewujudkan gear maju, undur dan bebas

-       menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit


 


 

SYAF PUTAR

            Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear keunit kerbeda seterusnya ke roda selain menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melaluikotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda. Seterusnya, kotak gear pula terdiri daripadarangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pemasangan klac.


 


 

SYAF PANDU

Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan. 


 


 

KLAC

Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya: 

-       penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancer

-       membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancer

-       membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac


 


 

UNIT KERBEDA

Fungsi untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok. Apabila kenderaan membelok, kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan gear matahari sebelahdalam mempunyai lebih rintangan. Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yangkurang rintangan dan hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas daripada roda sebelah dalam


 

JENIS-JENIS SISTEM PENGHANTARAAN KUASA


 

Sistem Penghantaran Automasi Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga merupakanyang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa yang lain dan ianya jugadigunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah dapan memberi kecekapan semasamemandu, mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalahsistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-
  1. Transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa.
  2. Transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang hanyamembenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).

 

Sistem penghantaran Automatik (ATF) 

   Penghantaran automatic adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secaraautomatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual.

   Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa,mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa,pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

   Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format

P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kananataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.


 


 

Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)

   Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapabilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjarankelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga kenderaan Malaysia seperti proton Aspira juga menggunakan sistem penghantaran boleh laras.

   Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain


 


 

JENIS-JENIS KEROSAKAN DAN SEBAB


 

Klac
SimptomSebab kerosakan Tindakan
Klac tergelincir -Plac klac haus

-Plac klac berminyak

-Pegas plat tekanan lemah.
-Tukar minyak klac

-Servis atau tukar plat klac

-Tukar plat klac
Klac hingar -Hab plat klac longgar

-Pegas klac lemah atau  

 patah

-Galas pelepas haus

 ataumelekat
.-Tukar hab plat klac.

- Tukar pegas klac

- Tukar galas pelepas.

 


 

Kotak Gear
SimptomSebab kerosakan  Tindakan
Sukar menukar gear -Tiada gerak bebas injak klac

-Klac tidak

 bebassepenuhnya 

-Minyak kotak gear kurang
 -Laras gerak bebas injak 

-Laras gerak bebas  

-Tukar penyegerak
Kotak gear hingar -Minyak gear kurang

-Galas haus atau rosak 

-Kehausan atau 

 kerosakan pada gear

 cantuman malar
-Tambah minyak 

-Tukar galas 

-Tukar gear cantuman malar 

 


 

CARA-CARA MENSERVIS


 

1.Menanggal, menservis,memeriksa dan memasang klac  

  1. Tanggal dan keluarkan kotak gear dari enjin.
  2. Buka bolt disekeliling perumah klac.
  3. Tanggal pepasangan klac dari roda tenaga.
  4. Periksa kerosakan permukaan roda tenaga.
  5. Periksa galas pandu klac pada roda tenaga.
  6. Periksa kerosakan dan kehausan plat tekanan klac dan jejari pegas gegendang.
  7. Tukar jika rosak.
  8. Periksa kerosakan dan kehausan plat klac dan galas pelepasan. Tukar jika perlu.
  9. Pasang semula pepasangan klac dengan menggunakan aci pandu untuk menjajar lubang plat klac  dengan lubang roda tenaga.
  10. Gunakan perengkuh daya kilas dan ikat bolt perumah klac mengikut spesifikasi. Bolthendaklah diikat secara menyilang.
  11. Pasang semula kotak gear pada enjin.


2.Mengeluar dan memasang syaf pacu roda hadapan 


  1. Longgarkan bolt bahagian dalam sambungan halaju malar dari punting syaf kotakgear.
  2. Pisahkan sambungan berbola dari pengumpar stereng dengan penanggalsambungan berbola(pickle fork).
  3. Keluarkan aci pacu luar dari hab pengumpar.
  4. Pegang di kedua-dua sambungan halaju malar pada bahagian perumah semasa hendak mengeluarkan aci pacu.


3.Mengganti dan menservis sambungan sendi halaju malar  

  1. Tanggalkan kelip lengkung
  2. Ketuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan sambungan halaju malar.
  3. Tanggalkan kelip dan tukar dengan yang baharu sebelum memasang sambungansemula.
  4. Condongkan sangkar untuk mengeluarkan bebola.
  5. Periksa kehausan dan kerosakan bahangian sambungan luar sambungan halaju malar.
  6. Bubuh gris khas sebelum memasang but getah. Perlu ditukar sekiranya rosak.
  7. Bubuh gris khas di bahagian spider dan dalam perumah dan pasang semula mengikut tanda jajaran.


KESIMPULAN 


   Sistem penghantaran kuasa ada kebaikanya dan ada juga keburukanya. Keburukan ini dapat diatasi melalui jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan. Malah, dapat meningkatkan teknologinya mengikut peredaran masa. Sebagai contoh Sistem penghantaran kuasa yg pertama dihasilkan iaitu sisem penghantaran kuasa manual. Kemudian jurutera telah menghasilkan pula Sistem penghantaran kuasa automatik dan yang terbaru iaitu sistem penghantaran kuasa boleh laras. Walaupun sistem penghantaran kuasa ini telah ditingkatkan teknologinya, namun masih lagi mempunyai keburukanya dan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Oleh itu, Para jurutera-jurutera perlu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar masalah itu dapat diatasi.


 


 

TROUBLESHOOTING


 

MASALAH 1:


Pada waktu kenderaan sedang berjalan, pedal minyak dipijak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih cepat. Hal tersebut sangat terasa pada waktu mendaki bukit atau ketika kenderaan bermuatan berat. Biasanya keadaan tersebut disertakan dengan bau getah terbakar. Keadaan tersebut di atas biasanya merupakan gejala klac yang rosak.


Oleh itu lakukanlah pengujian seperti di bawah ini. Setelah brek tangan digunakan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac,masuk gear pada kedudukan gear satu atau dua. Sementara pedal cekam masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan memijak pedal minyak. Kemudian angkat pedal cekam perlahan-lahan. Apabila ternyata bahawa putaran enjin tidak berubah (berkurang) atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka gejala-gejala tersebut di atas menyatakan bahawa klac mengalami kerosakan. Selain itu adakah terjadi beberapa seperti perkara di bawah ini:

a.    Terasa enjin tidak mendapat menghasilkan daya penuh.

b.    Petrol cepat habis.

c.    Enjin cepat jadi panas.

d.    Tercium bau sesuatu benda yang terbakar dari kawasan di sekitar tempat cekam.


 

Sebab-sebab utama kerosakan klac adalah;

  1. jarak bebas pedal yang terlalu pendek.
  2. permukaan klac sudah haus atau terbakar.
  3. adanya minyak atau gris pada permukaan klac.
  4. pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah.
  5. plat tekanan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.

 


MASALAH 2:

   Meskipun pedal klac sudah dipijak penuh, tetapi gear tidak dapat dipindahkan. Sementara itu terdengar bunyi geresek gear di dalam kotak gear.
Gejala tersebut menyatakan bahawa klac tidak dapat dilepaskan dengan sempurna.


Sebab-sebab utama kerosakan:
a.   Jarak antara klac dan lantai terlalu pendek.
b.   Bagi klac yang menggunakan tekanan hidraulik, besar kemungkinan terjadinya

kerosakan pada sistem hidrauliknya misalnya kerana:
     -    Kekurangan atau kebocoran minyak klac(sama dengan minyak brek)
     -    Kerosakan pada omboh silinder utama dan/atau silinder pelepas klac.
     -    Terdapat udara atau wap di dalam sistem hidrauliknya.


c.   Kerosakan permukaan klac dan/atau plat klac.

d.   Kehausan pada silinder pelepas dan/atau pengalas pelepas klac.




 

MASALAH 3:


   Pada waktu pedal klac dilepaskan, terdengar bunyi yang luar biasa. Tetapi apabila dipijak, bunyi tersebut tidak terdengar lagi.



    Sebab-sebab kerosakan:
  1. Bahagian pusat plat klac longgar
  2. Kehausan pada plat klac atau gerigi gandar penggerak utama
  3. Plat klac retak
  4. Pegas pemutar plat klac patah atau rosak
  5. Kehausan gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran atau kesukaran untuk bergeraknya mekanisme pelepas klac. 
  6. Mekanisme pelepas klac terlekat pada gandar penggerak utama dan tidak dapat bergerak kembali.


 

MASALAH 4:


   Bunyi yang terdengar di sekitar kotak gear menjadi semakin kuat, hal tersebut terjadi
terutama pada waktu kenderaan bergerak pada gear rendah.



Sebab-sebab kerosakan:

  1. Kekurangan minyak pelincir atau menggunakan minyak pelincir yang kurang tepat.
  2. Kehausan atau kerosakan pada gigi gear dan pengalasnya.
  3. Hubungan gigi gear kurang tepat.


 

MASALAH 5:


   Pada waktu kenderaan sedang bergerak,terdengar bunyi menderu dari bahagian bawah tempat duduk belakang.



 

Sebab-sebab kerosakan:

  1. Kekurangan minyak pelincir.
  2. Penyesuaian yang kurang tepat di antara gear kebeda
  3. Kehausan atau kerosakan kerosakan pada penggalas-penggalasnya.

modul sistem pacuan 4 roda

FUNGSI TRANSFER CASE

Fungsi transfer case adalah menyalurkan tenaga mesin ke roda sesuai kebutuhan, apakah roda belakang atau semua roda. Pada tuas transfer case terdapat simbol 2H (2WD high range), 4L (Low Range), 4H (4WD high range) dan N (netral).

2H biasanya digunakan saat mobil melintas di jalur aspal. Dalam mode ini, hanya roda belakang saja yang digerakkan oleh transmisi. Saat mobil digunakan untuk bergerak di atas tanah atau rumput, maka posisi transfer case dipindah ke 4H.


Sementara mode 4L biasanya digunakan untuk menembus medan pasir, lumpur dan bebatuan. Saat posisi ini mobil tidak bisa dipacu dalam kecepatan tinggi.

Saat ini, banyak kendaraan baru yang menggunakan teknologi canggih untuk transfer case. Alhasil, mobil 4WD hanya memiliki satu tuas, yang dibantu dengan beberapa tombol, untuk memudahkan pengemudi.







KOMPONEN DAN CARA KERJA TRANSFER CASE

KOMPONEN :
Shaft axle : adalah sebagai penumpu beban roda atau dudukan roda dan penerus putaran mesin ke roda.




Transfer : untuk menyambungkan tenaga roda depan dan roda belakang agar berputar semua





Propoller shaft : untuk menggalirkan tenaga dari transmisi ke defferential.






Final reduction : memperbesar momen






Center differential : memindahkan tenaga dari transmisi ke penggerak roda depan (front drive wheel) dan penggerak roda belakang (rear drive wheel) dengan keadaan sama




Clutch : memutus dan mengubungkan putaranmesin ke transmisi








CARA KERJA TRANSFER CASE
Pada kendaraan dengan penggerak 4 roda,mesin dihubungkan dengan diferensial tengah (transfer case) yang membagi tenaga ke roda belakang dan roda depan. Karena pada saat menggunakan penggerak 4 roda, penggunaan energi lebih tinggi, biasanya penggerak 4 roda hanya digunakan pada saat diperlukan saja, dengan mengaktipkan melalui tombol atau tuas tertentu.



Modul sistem pengurusan enjin

Controlled Area Network (CAN) Bus - Asas


CAN (Controller Area Network) bermaksud semua unit kawalan (ECU) dihubungkan dalam rangkaian (network) untuk membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Sistem ini direka untuk membolehkan maklumat dikongsi dengan lebih cekap dan mengurangkan penggunaan ruang dan perkakasan dalam kenderaan.

CAN (Controlled Area Network) data Bus boleh dibandingkan dengan sebuah bas yang boleh membawa penumpang yang ramai. CAN data Bus digunakan menghantar maklumat yang banyak.




Tanpa CAN Bus seutas wayar hanya boleh digunakan untuk menghantar satu maklumat sahaja, ini bermakna jika terdapat 100 maklumat perlu dihantar terdapat 100 wayar perlu disambung kepada unit kawalan enjin (ECU).




Dengan menggunakan CAN Bus perkongsian maklumat dilakukan dengan hanya menggunakan 2 wayar sahaja.





CAN Bus ialah cara penghantaran data daripada unit kawalan ke unit kawalan yang lain. Melalui kaedah ini semua ECU digabungkan di dalam satu rangkaian yang sama.



Kelebihan CAN Bus



Jika terdapat data baru yang perlu dikongsi, perubahan hanya perlu dibuat pada perisian (software) dalam unit kawalan sahaja. 
Jumlah sensor dan wayar dapat dikurangkan melalui perkongsian maklumat. 
Kadar kesilapan data dapat dikurangkan kerana kesahihan data sentiasa diperiksa. 
Pertukaran data dapat dilaksanakan dengan pantas. 
Membolehkan unit kawalan bersaiz yang lebih kecil digunakan.












JENIS SENSOR DAN FUNGSINYA

Pada mobil-mobil keluaran pabrikan sekarang sudah menggunakan mesin jenis EFI (Electrical Fuel Injection) dimana dengan sistem tersebut banyak sekali sensor-sensor sebagai tempat inputan data ke Otak Mesin (ECU – Electrical Control Unit). Berikut nama-nama sensor tersebut :

1.Throtle Position Sensor ( TPS ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui posisi pedal gas dalam keadaan tertekan atau bebas. Jika ditekan/digas maka valuenya besar dan jika tidak ditekan valuenya kecil.





2.Manipold Absolute Pressure ( MAP ), sensor yang digunakan untuk mengetahui kondisi kevacuuman intake manipold. Sensor ini akan mengeluarkan pulsa tegangan besar jika kevacuuman intake manipold berkurang ( pedal gas diinjak ) atau sebaliknya.











3.Air Flow Sensor ( AFS ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui banyak sedikitnya udara yang akan masuk ke dalam intake manipold. Biasanya sensor ini dipasang sesudah filter udara dan akan memberikan pulsa tegangan semakin besar jika udara yang melewatinya semakin banyak atau sebaliknya. Sensor ini ada yang meneybutnya AFM ( Air flow meter ) atau juga MAF ( Mass Air Flow ).






4.Intake Air Temperature Sensor ( IAT ), adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui suhu udara masuk ke intake manipold, semakin dingin suhu udara masuk maka akan semakin besar pulsa tegangan yang dikirimkan ke ECU, sehingga supllai bensin ke injector juga semakin besar.





5.Idle Air Control ( IAC ), adalah part yang mendeteksi/mengendalikan suplai udara ke intake manipold pada saat putaran idle ( langsam ). Sensor ini bisa beerupa solenoid, motor listrik atau bekerja sesuai dengan suhu air pendingin. Dibeberapa sistem kendaraan sering disebut Idle Speed Control ( ISC ) atau juga Idle Step Motor.






6.Injector, adalah perangkat electronic yang diperintah oleh ECU untuk membuka /menutup katup electronic sehingga bensin bisa menyemprot ke silinder.






7.Crankshaft Position Sensor ( CKP ), sensor yang mendeteksi adanya putaran mesin. Jika sensor ini dipasang dekat dengan poros nok/katup, disebut Camshaft Position Sensor ( CMP ). Kedua sensor tersebut disamping berfungsi untuk mengetahui adanya putaran mesin juga berfungsi untuk mengendalikan sistem pengapian mesin tersebut.







8.Coolant Temperature Sensor ( CTS ) atau Water Temperature Sensor (WTS) adalah sensor untuk mengetahui kondisi suhu air pendingin. Semakin dingin suhu air pendingin maka semakin banyak bensin yang disemprotkan ke silinder.






9.Top Dead Center Sensor ( TDC ) adalah sensor yang digunakan untuk mengetahui titik mati atas silinder nomor satu. Hal ini biasanya digunakan untuk menentukan firing order ( FO ).







10.Vehicle Speed Sensor ( VSS), adalah sensor untuk mengetahui kecepatan kendaraan, biasanya dihubungkan dengan poros output transmisi.















SISTEM OPERASI AIR BAG
Airbag diperbuat daripada fabrik nilon dan setiap airbag direka mengikut kesesuaian jenis kenderaan dan kedudukan di dalam kenderaan. Airbag turut dilengkapi dengan lubang yang akan terbuka dengan sendirinya setelah beg udara tersebut mengembang sepenuhnya. Ini adalah untuk membolehkan gas yang terhasil dibebaskan dari airbag dan mengelakkan kejadian lemas serta mengelakkan pemandu atau penumpang melantun ke belakang akibat dari tindak balas graviti.




Airbag mempunyai berbagai-bagai bentuk dan saiz bergantung pada jenis kenderaan, kedudukan dan jenis kegunaan. Sebagai contoh airbag di bahagian penumpang mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan beg udara di bahagian pemandu.









Operasi airbag:
Semasa pelanggaran, airbag sensor akan mengukur kadar  hentaman yang terhasil, jika nilai yang diukur melebihi kadar yang ditetapkan, sumbu (initiator) yang terdapat di dalam alat pengembung (inflator) akan terbakar.
 Sumbu (Initiator) akan membakar penggalak (enhancer) dan bijian propelan, dan menghasilkan gas di dalam jumlah yang besar.
Gas akan mengembangkan bag untuk mengurangkan kesan hentaman kepada penghuni kenderaan, selepas selesai mengembang gas akan keluar dengan cepat melalui lubang pelepasan (discharge hole) yang terdapat di belakang bag. Ini akan mengurangkan kesan hentaman bag dan menghasilkan pemandangan yang secukupnya.